TUPPERWARE BRANDS / Anjung Suri


Tuesday, December 11, 2012

Frequantly Ask Question / Soalan yang selalu ditanya.



Frequantly Ask Question / Soalan yang selalu ditanya.


Q : Di manakah saya boleh mendapatkan katalog  Tupperware?
A : Anda boleh membelinya di mana-mana Business Centre Tupperware yang berhampiran anda dengan harga senaskhah RM0.60. Atau 10 keping dengan harga RM6.00. Anda juga boleh mendapatkan katalog dengan membayar RM2.00 kepada Anjung Suri. Kami akan poskan kepada anda.

Q : Saya tidak berminat dengan perniagaan MLM tetapi saya amat mencintai barangan Tupperware. Bolehkah saya mendaftar sebagai ahli hanya untuk kegunaan sendiri?
A : Ya. Anda digalakkan untuk mendaftar menjadi ahli walaupun ianya hanya sekadar untuk kegunaan sendiri bagi menikmati harga istimewa dari Tupperware.

Q : Bagaimanakah jika saya berminat untuk menjadi ahli Tupperware?
A : Anda boleh mengisi borang pendaftaran secara online. Sila klik di sini. Paling penting, salinan is (muka depan shj dan berpalang - Tupperware Only) perlu diemailkan kepada sales@tupperware4all.com sebaik sahaj anda mengisi borang permohanan menjadi ahli. Tanpa IC tersebut, pihak kami tidak boleh melakukan pendaftaran. Jangan bimbang, kerana kami tidak akan menyalahgunakan salinan ic tersebut dan butiran peribadi anda tidak akan kami dedahkan kepada pihak ketiga. 

Q : Apakah yang saya akan dapat apabila saya telah join bisnes Tupperware ini?
A : Anda akan diberi kit permulaan daripada pihak Tupperware Brands. Di dalam kit bag tersebut disertakan produk permulaan serta maklumat untuk anda menjalankan perniagaan ini. 

Q : Bagaimanakah cara pembayaran untuk yuran pendaftaran atau pesanan produk?
A : Anda perlu membuat pembayaran ke dalam akaun kami secara ATM transfer atau internet banking melalui Maybank atau CIMB. Kami akan berikan maklumat no akaun bank sebaik sahaja kami menerima borang permohonan .

Q : Bilakah saya boleh mendapatkan no ID untuk membuat pembelian seterusnya?
A : Id anda akan diberi setelah anda selesai membuat pembayaran dan maklumat diri anda telah di kemaskini. Walau bagaimana pun, kad kuasa anda akan diserahkan sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu setelah pendaftaran dilakukan melalui pos. Sekiranya anda tidak mendapat apa-apa kad keahlian selepas 2 minggu daripada anda menerima No ID anda daripada kami, sila hubungi talian HOTLINE Tupperware Customer Care 1-300-88-5500.

Q : Sebagai ahli berdaftar yang sah, berapa peratuskah saya mendapat potongon harga produk?
A : Anda akan mendapat potongan 25% daripada harga dalam katalog. Ini tidak termasuk kepada barangan yang ditulis dengan nett item. 
 Q : Adakah saya perlu membuat pembelian tetap setiap bulan?
A : Pembelian tetap hanya dikira dalam masa setahun,iaitu anda perlu mempunyai pembelian terkumpul sebanyak RM500. Jika gagal berbuat demikian, nombor ahli anda akan luput.

Q : Adakah saya sebagai ahli Tupperware boleh mendapat komisyen daripada jualan yang dilakukan ?
A : Ya. Anda akan mula mendapat komisyen berbentuk overidding komisyen setelah anda mempunyai sekurang-kurang 2 ahli berada di bawah anda. Komisyen ini akan dibayar oleh HQ Tupperware Brands setiap bulan. Syarat-syarat layak mendapat komisyen mestilah dipatuhi. Sekiranya anda mematuhi syarat minimum , maka anda tidak akan dapat komisyen tersebut .

Q : Jika saya telah mendaftarkan 2 atau lebih nama ahli baru di bawah saya, adakah komisyen saya akan bertambah?
A : Tidak. Walau setinggi mana pun pangkata anda dalam Tupperware atau seberapa ramai downline anda, kadar runcit anda tetap 25%. Yang membezakan adalah lain-lain komisyen, ganjaran dan bonus yang diperolehi. 

Q : Bagaimanakah untuk saya mendapatkan komisyen yang berbentuk wang tunai daripada HQ ?
A : Bagi mendapat komisyen bulanan yang diberikan hq dalam bentuk wang tunai ( cek), anda perlulah mempunyai jualan peribadi minimum RM500 dalam bulan tersebut DAN downline ada ada juga membuat pembelian dalam bulan yang sama. Sekiranya kedua-dua syarat ini tidak dipatuhi, maka anda tidak akan menerima sebarang komisyen daripada HQ Peratus komisyen yang diterima juga adalah berdasarkan pangkat dan juga jumlah jualan anda dalam perniagaan ini

Q : Di manakah saya boleh membuat pembelian ini?
A : Anda boleh melakukan pesanan produk tanpa perlu ke luar dari rumah dengan mengisikan borang pesanan di sini.  Sekiranya anda menjadi ahli tupperware kami, anda boleh melakukan pembelian ini di mana-mana sahaja Business Centre Tupperware yang sah.

Q : Adakah saya perlu menghadiri seminar-seminar bagi memantapkan jualan saya?
A : Ya. Jika anda ingin melihat keuntungan-keuntungan yang bakal anda perolehi, anda digalakkan untuk menyertai assembly atau produk training  kami yang kami adakan hampir setiap hari sabtu dan ahad. Sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi, agenda dan maklumat tambahan untuk sesi training atau assembly. Kebiasaannya kami membuat assembly dan training di Ampang dan Bandar Sri Putra, Bangi. Di sini anda akan diterangkan dengan lebih jelas lagi tentang plan pemasaran, komisyen dan pangkat anda di dalam Business ini.

Q : Apakah yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan satu kumpulan yang mantap?
A : Anda di nasihatkan supaya mengikut jejak langkah upline anda. Duplicate cara kerja upline anda. Cari rekrut sebanyak mungkin kerana rekrut-rekrut inilah yang akan membuatkan anda berjaya. Sekiranya anda merupakan downline kami, sila hantarkan email ke sales@tupperware4all.com. Jangan lupa, berikaan nama penuh dan juuga no id anda untuk sebarang pertanyaan mengenai pelan perniagaan ini.

Q : Jika saya tidak berjaya mendapatkan ahli di bawah saya, apakah yang terjadi dengan keahlian saya?
A : Ia tidak menjejaskan keahlian anda.


Reactions: