TUPPERWARE BRANDS / Anjung Suri


Tuesday, November 25, 2008

Terms & Conditions

TUPPERWARE BRANDS

1. PESANAN

• Pesanan boleh dibuat menerusi online/email/telefon/SMS.

• Pesanan online memerlukan anda menjadi ahli berdaftar di AnjungSuri.Com. Pendaftaran boleh dibuat disini. PERCUMA -)

• Pesanan menerusi email hendaklah dihantar kepada anjungsuri@yahoo.com.

• Pesanan menerusi telefon/SMS pula boleh dibuat ke nombor 013-3852698 atau 013-6747052

• Pesanan hanya akan dihantar apabila bayaran telah diterima dan disahkan.

• Setiap pesanan yang telah dikemaskini akan mempunyai status yang berlainan, iaitu

Pending - Bayaran masih belum diterima
Confirmed - Bayaran telah diterima
Cancelled - Pesanan dibatalkan
Refunded - Wang dikembalikan
Shipped - Pesanan telah dihantar

2. Walk-Ke Anjung Suri (MAP TO SHOWROOM)

Anjung Suri terletak di Bandar Seri Putra, Bangi. Anda dialu-alukan untuk mengunjungi premis kami semasa masa perniagaan. Kami menggalakan anda untuk menghubungi kami di talian 013-6747052 terlebih dahulu sebelum anda datang kerana ada sesetengah barang mungkin tidak ada atau pun telah terjual. Premis kami tidak mempamerkan atau menyimpan semua stok yang terdapat dalam online catalog kami.

Masa perniagaan :

Isnin – Jumaat ( 10.00 am hingga 7.00 pm )
Jumaat : 1pm to 2.30 pm (tutup)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum serta masa lain selain masa di atas adalah melalui temujanji.
Anda boleh melakukan temujanji dengan kami di premis kami :-
Isnin – Jumaat ( 7pm hingga 10pm)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 10am hingga 7pm

Payment Method: Tunai

NOTE: BOOKING hanya akan dilayan sekiranya minimum 50% deposit daripada harga produk. Untuk pelanggan yang hadir sendiri ke Anjung Suri, pembayaran deposit juga dikenakan bagi tujuan booking. Pelanggan yang membuat pesanan melalui kaedah sms atau telefon, anda juga perlu meletakkan deposit untuk booking anda.

3. PEMBAYARAN

Sila maklum bahawa kami tidak akan memproses pesanan anda sekiranya tanpa pembayaran penuh dan semua produk adalah secara first come first serve.

Jumlah pembayaran mestilah dibuat bersama dengan caj penghantaran.

Kami tidak menerima pembayaran melalui Cek.

Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau deposit, pemindahan wang ke akaun

• Maybank :: Akaun # (akan diberikan by request & to serious buyer only ) NURUL AINIE BINTI ISMAIL (sila letakkan emel kepada anjungsuri@yahoo.com

atau

• CIMB akaun ::Akaun # (akan diberikan by request & to serious buyer only ) :: NURUL AINIE BINTI ISMAIL (sila letakkan emel kepada anjungsuri@yahoo.com

atau

WESTERN UNION

• Sila maklum bahawa pembayaran menerusi Western Union akan dikenakan surcaj tertentu dimana surcaj tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.
• Sila hubungi kami sekiranya anda mahu mengunakan trasaksi ini untuk kami berikan butiran selanjutnya.
• Kadar USD yang digunakan adalah berdasarkan laman www.xe.com atau Foreign Exchange Rate di M2U.

Pastikan anda mengisi Borang Pembayaran setelah pembayaran dibuat, atau SMSkan bukti transaksi perbankan internet ke 013-3852698 beserta dengan no pesanan anda.

Note :

1. Sila hantarkan email butiran transaksi kepada kami selepas anda melakukan pembayaran. Sekiranya anda tidak memaklumkan bukti transaksi ini, pemprosessan pesanan anda akan mengambil masa yang lebih lama dan akan menyebabkan prosess penghantaran juga tertangguh.

2. Untuk Interbank Giro, ia akan mengambil masa 2 hari bekerja untuk payment to be clear. Bagi mempercepatkan process, anda boleh scan slip pembayaran tersebut kepada kami anjungsuri@yahoo.com. Pihak Anjung Suri berhak untuk meminta anda lampirkan informasi lain sekiranya perlu bagi tujuan pengesahan.

3. Semua pesanan tanpa pembayaran atau deposit melebih 7 hari bekerja akan dimansuhkan. Ini untuk memastikan pembeli yang lebih serius dapat mengambil barang tersebut.

5. PENGHANTARAN

Semua pesanan yang telah disahkan penerimaan pembayaran akan dilakukan dalam tempoh 3-5 hari bekerja .

Semua kos penghantaran adalah dibiayai sepenuhnya oleh pembeli. Anda boleh memilih 3 cara di bawah.
Sekiranya anda mahu menjimatkan kos penghantaran, anda boleh datang mengambil sendiri produk di premis kami .

Malaysia

[1] Cash & Carry

• Kami tidak menghantar secara terus kepada anda atau menggunakan runner.
• Anda boleh mengambil pesanan di premis kami di Bandar Seri Putra, Bangi.

[2] Pos Laju / City Link

• Penghantaran melalui POS LAJU adalah melalui permintaan daripada pembeli.
• Caj minimum RM15 hingga RM20 akan dikenakan sekiranya berat tidak melebihi 1.5kg.
• Sekiranya berat melebihi 3kg, Caj adalah bergantung kepada berat bungkusan tersebut.
• Pesanan boleh dijejak menerusi Jejak Penghantaran. Wang akan dikembalikan jika pesanan tidak tiba kepada anda dalam tempoh 14 hari bekerja. Walaubagaimanapun pihak kami akan melakukan siasatan untuk mengenal pasti produk yang dihantar itu.
• Sila maklum bahawa tempoh untuk pesanan tiba mengambil masa 1-2 hari bekerja, bergantung kepada lokasi anda.
• Berat maksimum pesanan ialah 20kg.
• Sekiranya berlaku sebarang kelewatan dalam proses penghantaran di pihak kami, anda akan diberitahu menerusi email atau telefon.

[3] Pos Bungkusan

• By default, semua penghantaran adalah melalui Pos Bungkusan.
• Caj minimum RM8.00 dikenakan bagi setiap bungkusan ( sekiranya berta tidak melebih 3kg). Sekiranya berat melebihi 3kg, Caj adalah bergantung kepada berat bungkusan tersebut.
• Pihak kami akan memaklumkan kepada anda jumlah caj yang dikenakan.
• Pesanan boleh dijejak menerusi Jejak Penghantaran. Wang akan dikembalikan jika pesanan tidak tiba kepada anda dalam tempoh 21 hari bekerja. Walaubagaimanapun pihak kami akan melakukan siasatan untuk mengenal pasti produk yang dihantar itu.Sila maklum bahawa tempoh untuk pesanan tiba mengambil masa 5-7 hari bekerja, bergantung kepada lokasi anda.
• Berat maksimum pesanan ialah 20kg.
• Sekiranya berlaku sebarang kelewatan dalam proses penghantaran di pihak kami, anda akan diberitahu menerusi email atau telefon.

Antarabangsa/Luar Negara

• Sila maklum bahawa tempoh untuk pesanan tiba mengambil masa 5-7 hari bekerja atau lebih berdasarkan mod penghantaran yang anda pilih kelak.
• Sekiranya berlaku sebarang kelewatan, anda akan diberitahu menerusi email.


Nota: Kami tidak membuat penghantaran pada hari cuti Ahad dan cuti umum. Penghantaran juga tidak dibuat ke alamat PO Box.

Sekiranya anda memerlukan barangan tersebut dengan segara, sila hubungi kami untuk menentusahkan stock availability sebelum membuat pesanan.

Semua pesanan dihantar melalui 3rd party courier company.

Sila maklum bahawa kami TIDAK boleh bertanggungjawab atau memberikan masa yang tepat berkenaan penghantaran ke tempat anda kerana kami bergantung kepada syarikat penghantaran untuk menghantara pesanan anda. Apa yang kami boleh lakukan ialah memberikan anda maklumat dan juga no penghantaran kepada anda.

Pengiraan untuk penghantaran adalah dikira berdasarkan dari tarikh pembayaran oenuh dibuat dan bukannya dari tarikh pesanan dibuat.

Pengiraan untuk penghantaran adalah berdasarkan informasi yang diberikan oleh syarikat penghantaran. Jumlah hari penghantaran bukan ditentukan oleh AnjungSuri dan Anjung Suri.com tidak dapat mengawal jumlah hari penghantaran.

Walaubagaimana pun AnjungSuri.com akan melakukan follow up dengan syarikat penghantaran berkenaa penghantaran produk sehingga is sampai ke tangan anda.

6. CAJ PENGHANTARAN

Malaysia

• Caj penghantaran dikenakan untuk pembelian kecuali dinyatakan sebaliknya.

• Caj minimum bagi penghantaran menggunakan Pos Laju di Semenanjung Malaysia adalah RM15.00, atau bergantung kepada berat dan caj sebenar syarikat penghantaran.

• Caj minimum bagi penghantaran menggunakan Pos Laju di Sabah & Sarawak adalah RM20.00, atau bergantung kepada berat dan caj sebenar syarikat penghantaran.

• Caj minimum bagi penghantaran menggunakan Pos Bungkusan di Semenanjung Malaysia adalah RM8.00, atau bergantung kepada berat dan caj sebenar syarikat penghantaran.

• Caj minimum bagi penghantaran menggunakan Pos Bungkusan di Sabah & Sarawak adalah RM10.00, atau bergantung kepada berat dan caj sebenar syarikat penghantaran.

o Walaubagaimanapun pihak kami akan memaklumkan kepada anda jumlah sebenar caj penghantaran sebleum anda membuat pembayaran.


Antarabangsa
• Caj penghantaran akan dimaklumkan menerusi email yang berasingan

7. WARRANTY / JAMINAN

tupperware4all.blogspot.com bukanlah pengilang produk yang dijual.

tupperware4all.blogspot.com tidak menwarkan jaminan sendiri. Semua jaminan produk adalah bergantung kepada standard pengilang produk tersebut.

Kami mengakui bahawa kami menawarkan hanya produk yang selamat dan berkualiti, tetapi adalah menjadi tanggungjawab pembeli untuk memastikan anda menggunakannya produk tersebut dengan cara yang betul dan seperti yang dicadangkan.

Sekiranya anda menerima produk yang telah rosak sila hubungi pihak kami dalam tempoh 7 hari bekerja dari tempoh anda menerima produk tersebut.

8. PEMBATALAN PESANAN

Sekiranya anda mahu membatalkan pesanan anda, sila hubungi pihak kami dengan kadar segera. Pihak kami akan membatalkan pesanan tersebut dengan TANPA BAYARAN.

Sekiranya pembayaran penuh telah dibuat tetapi penghantaran belum dilakukan, pihak kami akan mengembalikan 100% wang anda.

Sekiranya produk telah dihantar, dan anda mahu membatalkannya, ia adalah tertakluk kepada Polisi Pemulangan. Sila rujuk Polisi Pemulangan untuk lebih lanjut.

9. POLISI PEMULANGAN

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda, anda boleh mengembalikan produk dengan bungkusan asal dalam tempoh 14 hari dari hari penerimaan produk.

Kami akan menggantikan produk tersebut atau issue store credit. Sila makumkan kepada pihak kami dalam tempoh 3 hari secara email sebelum anda memulangkan produk tersebut.

tupperware4all.blogspot.com hanya akan menerima produk tersebut dan mengembalikan wang anda ( 30% restocking fee apply) sekiranya produk tersebut tidak tercemar, berkeadaan baik dan dalam bungkusan asal.

Semua pemulangan produk yang tidak menepati, kotor, telah digunakan, wang anda TIDAK akan dikembalikan.

Kos penghantaran tidak akan dipulangkan.

Semua kos penghantaran semula adalah ditanggung oleh pembeli.

10. PRODUK ROSAK

Sekiranya produk yang anda terima rosak, sila maklumkan kami dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh anda menerima produk tersebut.

Kami akan menggantikan part yang rosak atau keseluruhannya dengan yang baru dengan kos yang ditanggung oleh pihak kami.

Sila hantar part atau sepenuhnya produk yang rosak kepada kami untuk kami kenal pasti puncanya sebelum kami menggantikannya.

Email pihak kami dan kami akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersbut dan menjadikan pengalaman pembelian anda dengan pihak kami menggembirakan kedua0dua belah pihak. Semua produk rosak akan dikelaskan sebagai "Exchange only".

11. LAIN-LAIN

Sebarang terma & syarat yang tertera pada laman ini tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

Reactions: