TUPPERWARE BRANDS / Anjung Suri


Thursday, March 4, 2010

Duduk diam takkan datang duit...



Assalamualaikum & Selamat Pagi.


Mula-mula saya update serba sedikit aktiviti yang telah dilakukan sepanjang minggu lepas.


Kami telah menghadiri Tupperware Brands Business Leaderships Conference di Crown Plaza Mutiara. Best sangat menghadiri conference ini sebab kami berpeluang mengenali ramai otai-otai Tupperware dan mendapat tips dari mereka utk kami lebih berjaya dlm bidang ini.


Apa yang saya tidak dapat lupa, adalah petikan kata-kata Hj Razali, our Best Presedential Director. Dia berkata,
"saya mengamalkan konsep hormat-menghormati. Mereka yang berada dalam organisasi yang lain.. saya layan seperti anak sendiri juga. Sekiranya saya menerima panggilan telefon dari organisasi lain bertanya, Hj, your downline yg dah drop u nak i registerkan bawah u ker ? Saya kata, u ask her... let her buat keputusan sendiri. .... "


Saya memang respect Hj Razali. Every month secara konsisten membuat duit lebih RM70 ribu bersih.


Insyallah, saya akan aplikasikan dan coach downline saya apa yang saya belajar sepanjang 2 hari tersebut.







Ini adalah barisan Top Leaders yang berjaya untuk menghadiri Tupperware Brands Chairman Summit di Las Vegas minggu hadapan. Tahniah !!!

Selain dari itu, pada hujung minggu pula pada sepetang bersama Tupperware Brands, kita telah mengajar mereka memasak Kek Lobak menggunakan TupperChef Fryer Pan dan juga Kaya guna Tupperchef double boiler. Best sgt... semua org take part dlm program ini.





Sementara menunggu kaya masak, saya berborak dengan salah seorang director yang hadir. Saya tanya kepada dia, why do you want to do this business and waht make you to earn more.

Dia menjawab dengan tulus ikhlas dan dari hati.

" Saya buat ini sebab nak naikkan taraf ekonomi keluarga saya. Saya perlu menjaga mak saya yang stroke. Mak saya menggunakan lampin pakai buang org dewasa dan harganya mahal. Saya perlu mencari sumber pendapatan tambahan untuk menampungnya. Saya join Tupperware, dan saya rasa mudah utk menaja orang dan mendapatkan jualan. Dari situ saya dapat cek bernilai RM300 pada bulan pertama saya jadi director. Alhamdullilah. Kemudian saya rasa saya boleh menjana lebih.. Pada bulan berikutnya saya mencuba naikkan saya punya personal team sales kepada 7 ribu.. dan mendapati ianya mudah dilakukan dan saya earn lebih banyak duit. Hari ini saya dah buat lebih dari 10 ribu sebulan. Alhamdullilah, Allah itu maha kaya... DIA takkan membebankan hambanya. Sekarang saya bukan sahaja dapat menampung keperluan ibu saya, malah dapat juga menyediakan simpanan untuk masa hadapan. Saya akan develop & build my people. Saya terus arrange parti 4kali seminggu utk mengukuhkan team saya "

Kata-kata beliau itu amat menyentuh hati saya. Kerana niat ikhlasnya telah membuahkan hasil. Disamping itu juga, dia sendiri mampu berfikir sendiri bahawa tiada jalan mudah untuk mengecapi kejayaan. Rezeki tidak akan datang sekiranya duduk goyang kaki. Semakin banyak yang diusahakan, insyallah hasil akan datang. Jangan pula baru berusaha sedikit tetapi mengharapkan hasil yang melimpah ruah.

Renung-renungkan.

Salam hormat

Crystal