TUPPERWARE BRANDS / Anjung Suri


Thursday, September 30, 2010

Anugerah Inspira Tupperware

Anugerah Inspira Tupperware - Harian Metro - 30 Sept 2010




DALAM sebuah keluarga, wanita atau ibu memainkan peranan yang sangat penting. Mereka menjadi ‘ketua’ yang sangat baik di rumah, menguruskan suami, menyiapkan persediaan anak ke sekolah juga keperluan lain yang mungkin kurang mampu dilakukan suami.



KUALITI...produk Tupperware bukan saja berkualiti tetapi selamat serta memudahkan penggunaan wanita.


alah kebahagiaan keluarga sangat ditentukan oleh kasih sayang serta kemampuan seorang wanita mengendalikan rumah tang­ganya. Kekuatan seorang wanita bukan hanya mampu mengubah kehidupan dirinya menjadi lebih baik malah keluarga juga orang yang rapat dengannya.

Justeru, apa yang boleh dilakukan wanita untuk mengubah hidupnya menjadi lebih baik? Sudah tentu peluang, motivasi dan sokongan berterusan yang diperoleh dan dimanfaatkan, seterus­nya mewujudkan kerjaya yang akan membantu semua pihak yang rapat dengannya.

Hal ini sangat disedari oleh Tupperware Brands Malaysia dengan slogan 3E iaitu Enlighten, Educate, serta Empower. Sejak 46 tahun lamanya produk berkualiti seisi rumah ini berjaya mengubah kehidupan 19,000 wanita yang menjadikan Tupperware Brands sebagai punca mata pencarian mereka.

“Tupperware bukan hanya wadah plastik berkualiti terbaik, tetapi membuka peluang pekerjaan kepada suri rumah serta menjadikan wanita lebih berdikari serta membantu meningkatkan ekonomi keluarga,” jelas Pengarah Urusan dan Naib Presiden Tupperware Brands Malaysia dan Asia Tenggara, David Wong.

Menurut Wong, sejak dulu lagi Tupperware membuka peluang kepada wanita untuk merealisasi impian mereka. Jika dulu mereka menjadi wanita yang sangat pemalu kini selepas menceburi perniagaan Tupperware, mereka semakin berkeyakinan malah boleh berkongsi pendapat di pentas.

Ada pula yang menjadi mangsa penderaan kini bangkit dan memulakan hidup baru lebih menggembirakan. Ada juga wanita yang disahkan menghidap penyakit kronik seperti kanser mampu hidup bahagia sekali gus menghalang sel kanser merebak. Secara tidak langsung golongan ini akan memberi inspirasi kepada wanita lain untuk lebih berjaya.

“Kami akui kejayaan wanita akan memberi inspirasi kepada wanita lain untuk lebih berjaya. Misalnya kejayaan seorang pensyarah Leny Masayu yang berjaya membina perniagaannya dengan pendapatan melebihi puluhan ribu.

Ada pula yang menjadi mangsa penderaan kini bangkit dan memulakan hidup baru lebih menggembirakan. Ada juga wanita yang disahkan menghidap penyakit kronik seperti kanser mampu hidup bahagia sekali gus menghalang sel kanser merebak. Secara tidak langsung golongan ini akan memberi inspirasi kepada wanita lain untuk lebih berjaya.

“Kami akui kejayaan wanita akan memberi inspirasi kepada wanita lain untuk lebih berjaya. Misalnya kejayaan seorang pensyarah Leny Masayu yang berjaya membina perniagaannya dengan pendapatan melebihi puluhan ribu.
Click Here

“Begitu juga kejayaan seorang penghidap kanser di Kuching, Sarawak yang dapat mengharungi penyakitnya walaupun doktor mengesahkan yang peluang untuk hidup hanya 50 peratus saja. Namun sehingga ke saat ini dia masih hidup serta menjadi usahawan Tupperware paling berjaya,” katanya.

Selain memperoleh pendapatan sampingan, ramai wanita mengakui perniagaan ini memberi mereka lebih masa bersama keluarga kerana mereka yang mengatur jadual bekerja, lebih disayangi suami dan anak-anak. Mereka turut memperoleh keseronokan dan ketenangan jiwa berpanjangan dengan peluang melancong setiap tahun serta memenangi hadiah kereta sekiranya berjaya mencapai sasaran jualan.

Tambahnya, sesiapa juga boleh menikmati kemewahan serta keseronokan ini. Ini kerana Tupperware sentiasa memastikan ahlinya tidak berseorangan ketika bekerja.

Menerusi slogan 3E iaitu Enlighten, ia memberi kesedaran kepada wanita mengenai peluang perniagaan. Educate - memberi khidmat nasihat dan latihan dari semasa ke semasa. Akhir sekali, Empower iaitu mereka diberi kuasa untuk memastikan perniagaan ini menjadi milik mereka. Dalam erti kata lain, Tupperware Brands tidak akan membiarkan ahlinya berseorangan dalam memajukan perniagaan.

Sejak dulu lagi, jenama terbabit terkenal dalam penghasilan produk isi rumah yang masih menjadi produk terbaik dan pilihan ramai, produk kesihatan dan kecantikan yang mula mendapat perhatian kerana kualitinya.

“Tupperware bukan hanya berkualiti tinggi tetapi selamat, tahan lama dan lasak serta memberi penyelesaian kepada cara hidup yang lebih mudah kepada wanita sehingga menerima anugerah The Brand Laureate Jenama Terbaik Pelanggan 2010 untuk kategori produk rumah serta Anugerah Reddot Design untuk reka bentuk terbaik 2009,” jelasnya.

Berdasarkan kisah kejayaan wanita yang memberi inspirasi kepada wanita lain, bermula September 2009 Tupperware Brands Malaysia mengadakan Anugerah Inspira Tupperware Brands yang memberi peluang kepada semua ahli mencoretkan kisah inspirasi mereka sama ada kisah kejayaan dalam perniagaan Tupperware serta kisah lain yang tidak berkaitan.

Pada akhir pertandingan, hanya 12 cerita dipilih, lapan daripada Tupperware manakala empat kisah luar. Kedua-dua kategori pemenang akan diadili oleh panel penilai.

Hanya dua pemenang bagi setiap kategori dengan pemenang utama kedua-dua kategori akan menerima hadiah percutian ke Korea serta produk Tupperware bernilai RM1,000 manakala pemenang kedua akan menerima produk Tupperware. Untuk maklumat lanjut hubungi wakil terdekat Tupperware Brands anda.